Sunday, 26 June 2011

Cucur Bawang & Kopi 'O' - Hasrudi Jawawi


Siapa sangka,cucur bawang telah dipertemukan mereka dalam satu 'sketsa perang' di tepi jalan.Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi.Kerana terdesak,Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.Bila sudah duduk serumah,mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala.Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana.Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri.

"Esok ajelah,hari dah malam.Aku perlu kuat.Esok aku perlu luahkan padanya yang aku betul-betul cintakannya.Walaupun cinta aku ditolak,aku kecewa dengan bergaya.Dan bukannya loser bak kata Fauzan pagi tadi.Kenapalah isteriku perlu jadi kekasihmu Nizam?"~Iskandar

Andai bisa kau miliki,akan aku laksanakan kau bagai bulan.Akan kunanti setiap waktu.Walaupun cahayamu terkadang kelam.Serimu tidak pernah berbalam.Andai kau laksana bulan,aku pula laksana mentari.Saling berkongsi cahaya,mengindahkan siang dan menyerikan malam.Kau begitu indah di mataku.~Khairulnizma

Cinta,tidak pernah celik menilai manusia.Sesiapa pun boleh merasai cinta.Sesiapa pun layak jatuh cinta.Yang pandai menilai,hanyalah hati.Mata pun,boleh jadi buta kerana cinta.Kalau dah cinta,suburuk mana pun dia di mata insan lain,dia tetap cantik di mata kita.Itulah kuasa cinta.~Rudiana



Harga Asal: RM28.90 (Sabah/Sarawak)
Harga Jual: RM 15.00 (Tidak Termasuk Pos)
**RESERVED**




No comments:

Post a Comment