Ikatan perkahwinan di antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta.Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya,Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjasa dirinya yang sakit.
Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan,Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri.Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup.Namun,akibat salah faham,Nia telah disingkirkan sebaik sahaja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya.Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci,marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam,demi untuk meneruskan hidup ini,perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua.Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalakan.
Apakah rahsia yang dipendamkan itu..?
Harga Asal: RM28.00 (Sabah/Sarawak)
Harga Jual: RM 15.00 (Tidak Termasuk Pos)
No comments:
Post a Comment