Monday, 27 June 2011

Yang Mana Satu - Emma Maizura


YANG mana satu ni? Ah, sukarnya hendak membuat pilihan. Seronok kalau dapat tahu siapa jodoh hidupnya. Indah masih ingat kata-kata Halid, namun... seriuskah Halid?

“Abang memang ada pasang angan-angan nak masukkan hidup Indah dalam hidup abang. Satukan jiwa Indah dalam jiwa abang.”
Ryian pula sering hadir ketika Indah dalam kegelapan. Taburan budi Ryian menyemarakkan perasaan cintanya. Janji lelaki itu sentiasa mekar membelai jiwanya.

“Abang nak jadi lelaki paling penting dalam hidup Indah. Abang nak jadi payung yang melindungi Indah daripada panas dan hujan.”

Ada apa dengan cinta jika antara dia dan Ryian adalah hubungan terlarang? Indah kecewa dan terluka. Dalam mencari cinta, Zarith pula datang membawa badai asmara yang menyakitkan jiwa. Indah benci dengan sikap Zarith yang mempersendakan maruah dirinya. Semakin dibenci lelaki itu, semakin dekat pula dengan dirinya. Panahan cinta yang mana akan melekat tepat di hati Indah? Cinta Halid, rindu Ryian atau benci Zarith yang menjadi pilihan? Yang pasti, hanya ada satu cinta!

Harga Asal: RM24.00 (S/S'wak)
Harga Jual: RM12.00 (tidak termasuk pos)

Tiada Sepertimu - Anita Aruszi


Keifli: "Biar betul! Takkan Ruby ingat aku main cinta dgn anaknya? Hish! Mintak dijauhkan malapetaka ni. Siapa yg nk bertemankan perempuan seperti Zara? sudahlah garang, keras kepala pulak tu!"

Zara: "Betul ke aku bencikan Keifli? Kalau aku bencikan dia, kenapa aku setuju disatukan dgn lelaki itu?"

Rubiah: "Benci tu satu perasaan yg amat dekat dgn cinta, Kif. I tahu you mampu buatkan Zara mencintai you. You mampu bahagiakan Zara."

Keifli dan Zara bersatu jua walaupun tanpa cinta di hati. Kenapa Rubiah nekad menyatukan anaknya dgn Keifli? Berjayakah Keifli 'menjinakkan' Zara yg garang lagi keras kepala itu? Bolehkah Zara menerima Keifli di dlm hidupnya?

Harga Asal: RM27.00 (S/S'wak)
Harga Jual: RM13.00 (tidak termasuk pos)

**SOLD**



Tanya Pada Hati - Iman Xara


Kata orang jodoh pun kena dicari...
kata orang jodoh tertulis sukar sudah untuk dialih...
kata orang gadis yang menawan mudah saja menemui jodohnya...

Banyak betul kata orang. Inilah dilema seorang akauntan, Farisya Ibrahim. Kerjanya yang berdepan dengan angka-angka membuat dia terlupa pada ‘angkanya’ sendiri. Sedar-sedar umur sudah melangkah ke ambang 30-an!Lalu, kenapa pula dia harus berlengah waktu, bilamana pilihan sudah menunggu?

Farisya Ibrahim! Tidak pernah sekali pun dia pernah bercinta, apatah lagi untuk pernah putus cinta. Namun, kenapa pula hatinya sukar ditembusi? Sakit apakah ini?

Apa yang menyukarkan dia memilih? Dia bukannya tidak cantik dia bukannya tidak menarik dia gadis periang yang sangat disenangi!

Jadi, kenapa hatinya harus dibiarkan terkatup tertutup?

Tanyalah pada hati... lalu apa jawabnya hati? 

Harga Asal: RM20.00
Harga Jual: RM10.00 (tidak termasuk pos)

**SOLD**




Sisipan Cinta Mengharum - Aima Armia



Aliya Maisarah, anak yang begitu menyayangi kedua-dua orang tuanya. Tidak mahu berpisah dengan kedua-duanya membuatkan dia menolak kehadiran cinta dalam diari remajanya. Telah ramai pemuda cuba mengetuk pintu hati, namun tiada kunci yang dapat membukanya. Kehadiran Sam, seorang pemuda Eropah, dalam hidup Aliya bagai berada di bawah takdir-Nya.

“Tiada orang lain dalam sanubari saya, hanya awak. Only you in my mind, forever and ever...”

Cinta Sam kepada Aliya bagai lautan yang tidak bertepian, bagai bumi tiada penghujungnya. Sam tertarik dengan budi bahasa, keperibadian Aliya yang tinggi serta kecantikan asli yang dimiliki oleh Aliya. Sam yakin Aliya menyambut gayung cintanya. Namun, bagaikan telah tertulis, duri fitnah yang ditabur oleh Nurul telah memaksa Sam menjadi pak sanggup dan menikahi Nurul.

Walaupun kecewa, Aliya reda dengan perpisahan itu. Namun, tidak Sam. Sam tetap menjejak Aliya Dapatkah cinta Aliya dan Sam kembali bertaut? Adakah rasa cinta dapat disemai dalam diri Sam buat Nurul? Mampukah sisipan rasa kasih yang pernah ada, mengharumkan kembali hubungan mereka? 

Harga Asal: RM24.00 (S/S'wak)
Harga Jual: RM12.00  (Tidak termasuk pos)

**SOLD**



Selagi Ada Rindu - Azleya Shadzalin


Bercinta dengan anak tapi berkahwin dengan bapa - kenyataan yang perit untuk Uzma lalui. Apatah lagi kini dirinya terikat dengan perjanjian perkahwinan yang memusnahkan segala impian dan harapan. Kasihnya pada Airil harus dinoktahi. Walau kasihnya diibaratkan setinggi gunung, bak langit tiada penghujung, dia terpaksa akur demi menyelamatkan nyawa sang ayah.

Kepulangan Airil merumitkan lagi keadaan. Apatah lagi Airil tidak pernah kenal erti putus asa untuk mengejar gadisnya. Dalam diam Uzma menjarakkan diri, cuba menjauh agar tidak dijejaki. Baginya apa yang pernah berlaku antara dia dan Airil hanya tinggal sejarah.

Kala ini, Azim hadir dalam hidupnya. Sering memberi perhatian dan selalu mencari ruang untuk bersamanya. Keadaan bertambah rumit bila Yusuf pula muncul. Cuba menjernihkan kekeruhan di hati. Menghulur sinar harapan yang gemerlapan dan sanggup membilas luka untuk diganti dengan bahagia. Uzma dalam dilema.

Selagi nada rindu berlagu di hati, selagi itulah kasihnya tidak bertepi. Tapi, untuk siapa? Terbukakah hatinya untuk Yusuf mahupun Azim? Layari bahtera kehidupan mereka bersaksi kasih dan sayang, juga bersulam rindu dan cinta. Sesungguhnya ceritera kehidupan ini terlalu indah untuk disia-siakan.

Harga Asal: RM23.90 (S/S'wak)
Harga Jual: RM11.00 (Tidak Termasuk Pos)

Aku Ada Kamu - Lily Haslina Nasir


Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yg ini, ambil yang itu, tidak suka yang itu, tukar yg lain. Namun di sudut hati, Hisyam seorg sahaja pujaan hati.

Tika inai masih merah di jari, pasangan ini mula diduga. Gara-gara Sheila yg mencintai Hisham dan tergila-gila.

Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yg pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja.

Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.

Harga Asal: RM26.00 (S/S'wak)
Harga Jual: RM13.00 (Tidak Termasuk Pos)

Sunday, 26 June 2011

Renungan Bertukar Rasa - Syamimi Aminolah


Sufi Khalisa ~ Dia harus mencari calon suami secepat mungkin agar hati si kakak tidak lagi berpra-sangka terhadanya. Namun, sanggupkah dia menerima lelaki yang hanya dianggap kawan untuk dibuat suami? Apakah dia ampu meluputkan renungan mata coklat milik Indra yang brejaya mencuri hatinya tanpa sedar? Dia buntu. Buntu untuk membuat keputusan.

"Sufi, aku sanggup jadi pengantin lelaki kau jika kau tiada calon lain...."

Ean ~ Lelaki yang penuh misteri pada pandangan sesiapa yang melihatnya. Lelaki yang siapa pun tidak tahu latar belakangya. Lelaki yang penuh dengan rahsia. Lelaki menarik perhatiannya. Namun, bukan dia tidak mahu menyampaikan maksud hatimya, tapi biar keadaan yang menentukan segalanya. Itu perinsipnya. Dia percaya, kalau ada jodoh, takkan kemana....

Bakal bersatukah cinta Sufi Khalisa bersama Indra? Bagaimana pula dengan kisah cinta Ean? Mampukah renungan yang tidak disangka, akan membawa satu rasa yang menyinggah?

Harga Asal: RM 24.90 (S/S'wak)
Harga Jual: RM 12.00 (Tidak Termasuk Pos)

Seteguh Cinta - Durrah Fatiha


Mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangnya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang pekahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.

Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi ''house husband''. Untuk mengelakkan rumah tangga berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan.

Perpisahan itu mula menggamit kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini.

Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya? 

Harga Asal: RM22.90 (S/S'wak)
Harga Jual: RM10.00 (Tidak Termasuk Pos)

Rapuh Tanpa Dia - Maya Bahrun


Dia adalah wanita… wanita yang ada segalanya. Sempurna dengan kecantikan. Serba lengkap dengan kebahagiaan. Apa lagi yang dipintanya? Pasti dia bersyukur dengan anugerah ini. Itulah takdir insan bernama Lizelia Kamal. Artis yang menjadi pujaan peminat, wanita yang menjadi buruan lelaki. Ke mana saja dia pergi, apa saja dia lakukan, semua mata memandang, semua ingin sepertinya. Dia bangga… dengan dengan semua itu. Rasa dirinya benar-benar dihargai, namun…

Lelaki… Ya, dia lelaki yang serba sederhana. Mata yang melihatnya pasti memandangnya sempurna. Tapi tiada siapa tahu segenap jiwanya yang beku, yang dingin, yang kosong. Hanya dia dan Dia saja mengerti apa makna semua ini. Dia adalah Kairi… yang punya nama di persada hiburan, punya tempat di hati peminat. Tetapi…

Kuasa Tuhan penentu segalanya, segala tersirat tiada siapa menjangka. Liz dan Kairi ditemukan dan ia merubah segala-galanya. Semuanya gara-gara Khalid yang memburu cinta Liz. Cinta yang tidak berbalas membuatkan Khalid nekad untuk melangsaikan niatnya. Dia mencari setiap kelemahan Liz sebagai jalan untuk mendapatkan gadis itu walaupun terpaksa melakukan sesuatu yang di luar dugaan. Kebetulan atau sememangnya takdir, Kairi sentiasa ada untuk menyelamatkan gadis itu. Sehinggakan dia jatuh cinta kepada Liz, walaupun dalam diam memang sudah lama perasaan itu wujud di jiwanya.

Bagi Liz, kebahagiannya hilang sekelip mata gara-gara permainan Khalid. Tanpa diduga, Liz membuat perjanjian dengan Kairi semata-mata mahu mengelakkan Khalid daripada terus-menerus memburunya. Cinta kontrak? Ya, dia mesti melakukan cinta tanpa rasa ini.

Harga Asal : RM 22.90 (S/Sarawak)
Harga Jual: RM 10.00 (Tidak Termasuk Pos)

Bersaksikan Kejora - Erin Zehana


Putus tunang, difitnah di pejabat dan kemudian abah tercinta meninggal dunia... Semua dugaan ini datang bertimpa-timpa. Chempaka membawa diri mencari 'sesuatu yang berharga' demi amanah yang dinotakan dalam diari arwah abahnya. 

Di Vila Vanessa, dia dipertemukan semula dengan datuk yang tidak pernah dikenali. Dia mahu Tuan Basir menerimanya sebagai cucu dan memaafkan segala kesilapan silam arwah abahnya yang menyebabkan mereka terpisah.

Walaupun Tuan Basir membenarkan dia tinggal di situ, layanan yang diterima sangat dingin. Mujur ada Mak Kiah. Pembantu rumah itu sangat baik. Tetapi dia sering bertikam lidah dengan cucu angkat datuknya Zafrie. Ada saja yang hendak digaduhkan. Padahal di hati lain dengan apa yang diluahkan di bibir.

Sejak Chempaka tinggal di vila itu, banyak kejadian sabotaj berlaku. Seolah-olah ada seseorang mahu dia berambus. Malah, mahu membunuhnya! Siapa yang memusuhinya?  Sedangan dia mula bahagia berada di vila itu.


Harga Asal : RM22.90 (S/Sarawak)
Harga Jual: RM10.00 (Tidak Termasuk Pos)

**SOLD**




Antara Benci & Rindu - Ida Farisya


Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorg lelaki yg dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran. Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah? Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.

Dalam masa yg sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya. Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang. Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorg wanita. Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.

Dlm usahanya mengelak utk jatuh cinta dgn Yusrizal, semakin banyak sifat positif yg terserlah pada lelaki itu. Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dgn kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.

Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.

Harga Asal: RM22.00 (S/Sarawak)
Harga Jual: RM10.00 (Tidak Termasuk Pos)

**SOLD**



Bukan Cinta Monyet - Hasliza Ismail


Kamal Ilham hadir ke dalam hidup Nurul Suhana dan uminya demi sebuah rahsia yang hanya Kamal Ilham seorang sahaja yang tahu. Hadirnya sebagai anak angkat kepada umi telah membawa sinar bahagia kepada mereka dua beranak.

Lapan tahun Kamal Ilham dan Nurul Suhana terpisah apabila Kamal Ilham melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekembalinya Kamal Ilham ke tanah air, Nurul Suhana yang baru menginjak ke usia tujuh belas tahun mula terusik dengan ketampanan Kamal Ilham. Hati remajanya mula berbunga cinta. Namun, kawan baiknya (Anita) mengingatkannya bahawa perasaan yang sedang memekar di dalam hatinya itu tak ubah seperti cinta monyet. Nurul Suhana pula yakin cintanya itu bukanlah cinta monyet.

Kehadiran Annetalia telah merobek hati Nurul Suhana yang menaruh harapan terhadap Kamal Ilham.

Walaupun kedudukan Nurul Suhana agak istimewa di hati Kamal Ilham, dia yakin sayangnya pada Nurul Suhana persis sayang seorang abang kepada adik sahaja. Dia memilih untuk menyedarkan Nurul Suhana dari lena yang indah dengan menyunting Annetalia sebagai tunangnya.
Kecewa dengan pertunangan Kamal Ilham dan Annetalia, Nurul Suhana bertindak menjauhkan diri daripada Kamal Ilham. Tambahan pula dengan kejadian malang yang telah mencacatkan sebahagian tubuhnya. Nurul Suhana tenggelam di lautan kesedihannya yang tidak bertepi.
Mendung tidak selamanya memayungi hidup Nurul Suhana. Alvin hadir menceriakan hari-harinya. Semakin lama hubungan mereka berdua semakin rapat dan mesra. Ini telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Kamal Ilham.

Kamal Ilham mula sangsi dengan hatinya sendiri. Benarkah cinta itu boleh wujud tanpa batasan usia? Haruskah dia mengakui yang dirinya mencintai adik angkatnya itu? Bagaimana ingin diluahkan perasaannya itu sedangkan dia telah melukai hati Nurul Suhana. Sudikah Nurul Suhana menerimanya kembali setelah ada pengganti yang jauh lebih baik daripada Kamal Ilham.

Harga Asal: RM22.00 (S/Sarawak)
Harga Jual: RM12.00 (Tidak Termasuk Pos)

Hadirmu Takdirku - Alina Haizar


Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati.

Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.

Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.

Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!

Harga Asal: RM21.00 (Sabah/Sarawak)
Harga Jual: RM11.00 (Tidak Termasuk Pos)


7 Lautan Ku Cari Cinta - Nass Alina Noah


Tidak mungkin aku mencintai seseorang yang aku tidak pernah kenal. Tidak mungkin aku jatuh cinta hanya dalam satu malam.~Cici

Bukan selalu rindu itu mendera sukma. Bukan selalu penantian itu menyeksa jiwa.Bukan jua selalu cinta itu meracun kalbu. Dan aku, bukanlah saudagar cinta yang meletakkan tanda harga pada kasih sayangku.~Armando

Mereka terkandas di daerah yang mereka duga. Terkandas dalam rindu yang tidak terluah sehingga benci menjadi sayang, sehingga dingin malam tiada lagi kesepian. Di tepi sungai nan damai, bintang-bintang menghiasi dada langit, bersaksikan rembulan biru dan pondok bisu, di situlah mereka telah jatuh cinta.

Namun, adakah rasa cinta itu akan terluah jika ada yang menghalang? Adakah pengakuan cinta akan dilakukan andai dalam hati ada yang lain? Apakah pencarian cinta itu akan berhasil? Mampukan tujuh lautan menyatukan cinta mereka?

Harga Asal: RM25.90 (Sabah/Sarawak)
Harga Jual: RM12.00 (Tidak Termasuk Pos)

**SOLD**




Ku Percaya Ada Cinta - Rudi Hirdy


Hazz,seorang wanita yang agak terkebelakang dalam berfesyen digelar sebagai "wanita sihir' oleh pelajar-pelajarnya kerana ketegasan dan kegarangannya ketika mengajar di kolej.

Pola hidupnya mula berubah apabila pertembungannya dengan Fakhri membuahkan dendam di dalam diri masing-masing hingga menyebabkan Fakhri terpaksa menjadi 'hamba tebusannya'.Fakhri yang bekerja sebagai pereka fesyen dikehendaki merubah imej dan penampilan Hazz dalam tempoh enam bulan,sebagai galang nanti saman malu yang dikemukakan oelh Hazz terhadapnya.

Dalam masa yang sama,papa Hazz cuba menjodohkan Hazz dengan Razznal,anak kenalan lamanya.Namun,Razznal sudah punya 'kekasih gelapnya'-Gabriel.

Pada Witch,Razznal meluahkan kebimbangan tentang jalan hidup yang telah dipilihnya kerana Witch sering membuatkannya tertawa dan melupakan keresahan yang melanda jiwa.Hanya Witch satu-satunya sahabat yang memehami walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Alam siberlah nadi penghubung mereka berdua.

Bagaimanakah kesudahan kidah cinta Hazz?Siapakah jodohnya?Razznal?Fakhri?Atau Zaidib, pujaan hati Hazz secara diam-diam itu?


Harga Asal: RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga Jual: RM 13.00 (Tidak Termasuk Pos)

Hingga Ke Akhirnya - Siti Nur Dhuha


Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami masih dihantui kenangan lalu.Tengku Khuzairi berubah,dia tidak lagi berperangai seperti dahulu.Namun,Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malah lelaki itu deperlakukan selayaknya sebagai suami.Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah,iaitu adik kepada Raja Irwan.Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka.Lalu,Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah.Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?

"Saya betul-betul tak faham, kenapa awak hadir dalam hidup saya lagi.Untuk menghina saya seperti dulu, untuk menyakiti perasaan asya, dan untuk menambahkan kesengsaraan yang ada.Tolonglah, saya tak sanggup hadapi semua tu lagi. Berikan saya ruang untuk bahagian."~Mimi Atia

"Abang akan bersabar,abang akan menunggu Tia terima abang sepenuhnya.Tetapi kalau Tia merancang supaya abang melepaskan Tia,demi Allah abang tidak sanggup melakukannya.Abang cintakan Tia."~Tengku Khuzairi

"Saya nak ingatkan Tengku,jangan cuba-cuba menuntut hak sebagai suami dengan saya. Saya tak mahu jadi isteri Tengku, saya mahu jadi isteri Adam Levine. Kalau Tengku nak tidur atas katil boleh, tetapi Tengku jangan sesekali menyentuh saya. Kalau tidak, tahulah saya nak ajar macam mana."~Mimi Atia

Harga Asal: RM28.90 (Sabah/Sarawak)
Harga Jual: RM13.00 (Tidak Termasuk Pos)

**SOLD**




Tuan Rumah Pembantu Rumah - Orkid Edyliyne


"Saya tak ada alasan.Saya tak boleh nak elak.Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana.Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on,off...Hmm?"

Kata orang,jangan terlampau membenci,nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya.Kenapa sebelum itu,dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar daadnya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui.Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri,mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkainya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukah ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tua rumah dan pembantu rumah bisa mengankat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta merungkai semua yang terjadi.

Harga Asal : RM24.00(Sabah/Sarawak)
Harga Jual: RM 12.00 (Tidak Termasuk Pos)

**SOLD**




M.A.I.D - Suri Ryana


Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya,Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepasa Harris Tan Sri Hamdan.Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Haris,si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr.F(fussy).

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya,boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr.F terpaksa disatukan.Siapa punya angkara?Asyraf?Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu.Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu,Elisa-perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F,Nurina-bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengharu-biaraukan hidupnya.

Apakah perisai hidup Noorul untuk menghadapi pancaroba ini?'Kuali'?'Sudip'?

Harga Asal: RM29.00 (Sabah/Sarawak)
Harga Jual: RM13.00 (Tidak Termasuk Pos)


**RESERVED**




Lara Rindu - Amanda Aniqah


Kastia suka kepada kehidupan,apalagi dalam dunia pelajaran.Misalnya adalah Long Life Learning (Belajar Sepanjang Hayat).Bukan macam polisi temannya,Chinta,3L iaitu Long Life Love.Loveaholic.Atau macam etika Makhluk Perosak,Long Life Work.Memang Workaholic.Langsung tidak ceria hidup.Anjakan terbesar dalam hidupnya adalah perkahwinan.Ia wujud bukan atas cinta.Tanpa wasiat, tiada tangkap basah.Tiada kontrak perkahwinan keluarga atau 'family arrange'.Dia pun tidak tahu macam mana perkahwinan ini boleh terjadi.Menghairankan!Bila rahsia terbongkar, lara hatinya dibawa terbang jauh.Langsung tidak menoleh ke belakang walu rindunya mengundang lara.

"Kas,padanlah nama kamu.Seorang Lemon,seorang lagi kasturi.Nanti kalau aku tak minum ice lemon tea,aku minta saja pada korang.Kalau tiada ice lemon tea,ice kasturi tea pun tak apa."~Kastia

"Cinta keras?What a ridicilious dictum?Takkan adik dah lupa. Abang mana main cintan-cintun ni. Just wait and see. Dia akan jadi isteri abang juga, walau apapun terjadi."~Najwan

"Sanggup kamu buat hidup aku macam catur. Sampainya hati. Aku adalah manusia.Takkanlah tiada sekelumit perasaan kemanusiaan pada diri kamu."~Kastia

"You know why i'm doing that,right? Adik sayangkan abang. Adik juga sayangkan Tia. Adik sudah berudasa untuk carikan kebahagiaan abang.Tak sangka pulak abang fikir lain."~Chinta

Harga Asal: RM26.90 (Sabah/Sarawak)
Harga Jual: RM13.00 (Tidak Termasuk Pos)


Cucur Bawang & Kopi 'O' - Hasrudi Jawawi


Siapa sangka,cucur bawang telah dipertemukan mereka dalam satu 'sketsa perang' di tepi jalan.Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi.Kerana terdesak,Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.Bila sudah duduk serumah,mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala.Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana.Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri.

"Esok ajelah,hari dah malam.Aku perlu kuat.Esok aku perlu luahkan padanya yang aku betul-betul cintakannya.Walaupun cinta aku ditolak,aku kecewa dengan bergaya.Dan bukannya loser bak kata Fauzan pagi tadi.Kenapalah isteriku perlu jadi kekasihmu Nizam?"~Iskandar

Andai bisa kau miliki,akan aku laksanakan kau bagai bulan.Akan kunanti setiap waktu.Walaupun cahayamu terkadang kelam.Serimu tidak pernah berbalam.Andai kau laksana bulan,aku pula laksana mentari.Saling berkongsi cahaya,mengindahkan siang dan menyerikan malam.Kau begitu indah di mataku.~Khairulnizma

Cinta,tidak pernah celik menilai manusia.Sesiapa pun boleh merasai cinta.Sesiapa pun layak jatuh cinta.Yang pandai menilai,hanyalah hati.Mata pun,boleh jadi buta kerana cinta.Kalau dah cinta,suburuk mana pun dia di mata insan lain,dia tetap cantik di mata kita.Itulah kuasa cinta.~Rudiana



Harga Asal: RM28.90 (Sabah/Sarawak)
Harga Jual: RM 15.00 (Tidak Termasuk Pos)
**RESERVED**




Aku Yang Kau Tinggalkan - Alina Haizar


Ikatan perkahwinan di antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta.Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya,Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjasa dirinya yang sakit.


Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan,Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri.Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup.Namun,akibat salah faham,Nia telah disingkirkan sebaik sahaja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya.Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.


Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci,marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam,demi untuk meneruskan hidup ini,perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua.Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalakan.


Apakah rahsia yang dipendamkan itu..?
Harga Asal: RM28.00 (Sabah/Sarawak)
Harga Jual: RM 15.00 (Tidak Termasuk Pos)